
Adakah anda tergolong dalam golongan yang mengahadapi masalah dalam penulisan dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu?
Sekarang ini banyak pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan Bahasa Inggeris menjadikan kita kurang peka dan kurang didedahkan tentang pentingnya penguasaan Bahasa Melayu dalam penulisan dan pembelajaran. Banyak applikasi penulisan yang popular seperti MS Office Word dan OpenOffice lebih tertumpu kepada pengguna menulis dalam Bahasa Inggeris, dan kesalahan ejaan di betulkan dalam Bahasa Inggeris. Carikata Premium 5.0 mampu membantu dalam penulisan dalam Bahasa Melayu kerana di sertakan fungsi semak ejaan Bahasa Melayu, serta modul ini dapat di integrasikan bersama MS Word, memudahkan anda menulis dan menyemak ejaan dalam bahasa Melayu menggunakan MS Word itu.
Carikata Premium 5.0 adalah mempunyai modul-modul menarik yang mampu membantu anda dalam penulisan dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menegaskan bahawa sebagai bahasa kebangsaan negara yang berdaulat, bahasa Melayu dikehendaki memikul beban tugas baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara,bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa penghantar serta bahasailmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.